Bayar Yuran Visa Saya

Perhatian: Infomasi mengenai yuran visa baru

Mulai April 13,2012, Jabatan hal ehwal negeri akan menyelaraskan yuran pemprosesan visa. Walaupun kebanyakkan yuran pemprosesan kategori visa bukan immigran akan dinaikkan, yuran untuk Visa E (Triti pedagang dan triti pelaburan) dan Visa K (untuk tunang rakyat amerika) akan dikurangkan.

Yuran visa sah laku untuk penjadualan temuduga selama setahun dari tarikh pembayaran.

Bagi kesemua kategori visa dimana yuran telah dinaikkan,pembayaran yang dilakukan sebelum April 13, 2012 hanya akan sah untuk 90hari. Ini bermaksud pemohon yang membuat pembayaran sebelum April 13, 2012 mesti menjadualkan temuduga mereka tidak lebih dari July 12, 2012. Jika tidak, mereka perlu membayar baki perbezaan antara kadar baru dan lama di juruwang konsulat pada hari temuduga.

Bagi kesemua kategori visa dimana yuran telah dikurangkan. Tiada pulangan wang lebihan bagi perbezaan antara kadar lama dan baru akan disediakan kepada pemohon yang membayar sebelum April 13,2012.

Bayar Sekarang

Saya mahu membayar visa secara dalam talian.
Saya mahu membayar yuran visa di bank tempatan.

Gambaran Keseluruhan

Dalam kebanyakan kes, setiap pemohon visa termasuk kanak-kanak perlu membayar yuran permohonan Visa Bacaan Mesin (MRV) yang tidak akan dikembalikan, tidak boleh dipindahkan, tidak kira sama ada visa dikeluarkan atau tidak. Yuran permohonan visa ditentukan oleh jenis visa yang dipohon. Pada umumnya, warganegara Malaysia perlu membayar yuran untuk visa ke Amerika Syarikat.

Jika anda seorang rakyat negara yang menyertai Program Penepian Visa, sila pastikan terlebih dahulu sama ada anda perlu memohon visa bukan imigran atau tidak. Sesetengah individu mungkin tidak memerlukan visa, sebagai contoh:

  • Individu yang layak di bawah Program Penepian Visa.
  • Individu yang dikecualikan daripada membayar yuran permohonan seperti pemohon visa A atau G, atau peserta program J tajaan Kerajaan Amerika Syarikat.
  • Individu yang sudah mempunyai visa sah untuk tujuan perjalanan.
  • Warganegara Kanada atau Bermuda (kecuali kategori visa A, E, G, K atau V)

Jika anda perlu memohon visa, sila ikuti arahan di bawah untuk membayar yuran permohonan visa. Untuk maklumat lanjut tentang pengecualian yuran, sila layari halaman ini.

Nota: Pemohon hanya boleh menjadualkan temujanji pada bilangan yang terhad. Sila membuat perancangan dengan sewajarnya supaya anda tidak diperlukan untuk membayar yuran permohonan visa yang sekali lagi. Yuran permohonan visa tidak akan dikembalikan.

Pilihan Pembayaran Yuran

Penukaran proses pembayaran bank: Perhatikan arahan baru untuk membuat pembayaran di bank. Mulai 1 September, 2012, ia adalah diperlukan untuk membawa salinan slip deposit ke bank untuk pembayaran. Pihak bank tidak akan memproses yuran visa anda tanpa slip deposit yang betul.

    Anda boleh membuat pembayaran yuran applikasi visa bukan immigrant secara tunai di mana-mana Bank standard Chartered. Sebelum anda ke bank, anda perlu mencetak slip deposit aplikasi U.S. visa yang terdapat di bahagian bawah muka ini. Bawa slip deposit yang telah dicetakkan bersama anda ketika ingin membuat pembayaran.

    JANGAN mencetak salinan slip deposit slip yang sama berlebihan. Anda mesti mempunyai satu slip deposit yang unik bagi setiap transaksi.

    Sekiranya anda telah mencetak slip deposit secara pendahuluan dan bercadang untuk membuat oembayaran, sila ambil perhatian pada tarikh luput slip deposit tersebut. Sekiranya tarikhnya telah luput ketika anda ingin menbuat pembayaran, hanya pulang kembali ke laman web ini dan klik lagi pada link yang betul di bawah untuk mendapatkan slip deposit yang baru. Agen bank TIDAK akan menerima pembayaran berdasarkan slip deposit yang telah luput. Setelah pembayaran anda diterima, pihak bank akan mengeluarkan satu resit untuk anda. Simpan resit anda. Ia tidak bole digantikan sekiranya hilang. Anda tidak akan dapat menjadualkan temujanji tanpa nombor resit tersebut.

    Pilih slip deposit yang sesuai dengan yuran aplikasi visa anda dari senarai dibawah. Nilai dipaparkan dalam Dollar Amerika syarikat and mata wang tempatan. Muka ini mempunyai maklumat selanjutnya mengenai yuran-yuran aplikasi visa yang berbeza.

    Setelah anda telah membayar yuran aplikasi visa, simpan resit bank untuk rekod anda. Ia tidak dapat digantikan sekiranya hilang, Anda tidak akan dapat menjadualkan temujanji tanpa nombor resit tersebut.

    Pembayaran Dalam Talian

    Jika anda mempunyai akaun dengan Bank Standard Chartered anda boleh memilih untuk membayar yuran permohonan visa secara dalam talian menggunakan perkhidmatan pembayaran bil dalam talian Bank Standard Chartered.

    Nota: Anda mesti menaip kod bayaran (juga dipanggil UID) dengan betul dalam borang pembayaran dalam talian semasa anda membuat pembayaran yuran di dalam talian. Kod bayaran dikeluarkan selepas anda mewujudkan profil dalam talian anda pada permulaan proses pembayaran dalam talian. Kod ini mengesahkan pembayaran anda dan membenarkan anda menetapkan temu duga visa.

Jika anda akan membuat pembayaran untuk lebih dari satu pemohon, Sila JANGAN membuat pembayaran untuk kesemua pemohon sekali gus. Satu UID/Nombor resit adalah diperlukan bagi setiap pembayaran Yuran MRV untuk SETIAP pemohon ketika menjadualkan temuduga. Selepas anda membayar yuran permohonan visa, sila simpan resit bayaran Bank Standard Chartered untuk rekod.

Menetapkan Temu duga Anda
    Membayar dengan Tunai di Bank

    Anda boleh menetapkan temu duga anda selepas beberapa jam membayar yuran permohonan visa di Cawangan Bank Standard Chartered.

    Sama ada anda membuat janji temu secara dalam talian atau menghubungi pusat panggilan, anda akan memerlukan kod bayaran yang dicetak pada resit. (Kod tersebut ialah UID yang diberikan semasa di Bank Standard Chartered, atau semasa anda mewujudkan profil dalam talian anda.) Anda juga mesti mempunyai nombor pasport dan tarikh pembayaran yuran untuk menetapkan temu duga visa anda.

    Jadual di bawah menunjukkan perbezaan masa memproses bayaran yuran dan bila anda boleh menetapkan temu duga anda selepas membayar yuran permohonan.

    Susur masa Pemprosesan Pembayaran Yuran Permohonan Visa - Tunai Di Bank
    Waktu Bayaran DibuatBankTarikh Resit PembelianTempahan Temu duga
    9:00 pagi - 3:30 petangBank Standard Chartered Sama seperti tarikh bayaran 4 jam selepas bayaran
    antara 3:30 petang dan 9:00 pagiBank Standard Chartered Tarikh hari perbankan seterusnya bila-bila masa selepas 10:00 pagi pada hari perbankan selepas tarikh pembayaran
    9:00 pagi - 3:30 petangBank Standard Chartered Sama seperti tarikh bayaran 4 jam selepas bayaran
    Pembayaran Dalam Talian

    Anda boleh menetapkan temu duga anda selepas jam 3:00 petang pada hari pertama perbankan selepas tarikh anda membayar yuran permohonan visa secara dalam talian dengan Bank Standard Chartered.

    Sama ada anda membuat janji temu secara dalam talian atau menghubungi pusat panggilan, anda akan memerlukan kod bayaran yang dicetak pada resit. (Kod tersebut ialah UID yang diberikan semasa di Bank Standard Chartered, atau semasa anda mewujudkan profil dalam talian anda.) Anda juga mesti mempunyai nombor pasport dan tarikh pembayaran yuran untuk menetapkan temu duga visa anda.

    Jadual di bawah menunjukkan perbezaan masa memproses bayaran yuran dan bila anda boleh menetapkan temu duga anda selepas membayar yuran permohonan.

    Jangka masa Proses Pembayaran Yuran Permohonan Visa - Pembayaran Secara Dalam Talian
    Waktu Bayaran DibuatBankTarikh Resit PembelianTempahan Temu duga
    bila-bila masa pada hari Isnin hingga JumaatBank Standard Chartered Tarikh hari perbankan seterusnya bila-bila masa selepas 3:00 petang pada hari perbankan selepas tarikh pembayaran
    bila-bila masa pada hujung minggu atau hari cutiBank Standard Chartered Tarikh hari perbankan seterusnya bila-bila masa selepas 3:00 petang pada hari perbankan selepas tarikh pembayaran

Informasi tambahan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penukaran kadar mata wang consular, sila lihat muka Yuran Visa; klik sini untuk membuat profil dan jawap 5 soalan ringkas agar kami dapat . Mengenal pasti nilai yang tepat untuk pembayaran yang anda perlu buat.