Visa untuk Kanak-Kanak

S: Adakah kanak-kanak memerlukan visa?
J: Pelawat, termasuk kanak-kanak memerlukan visa untuk berkunjung ke Amerika Syarikat atau mesti layak untuk datang ke AS tanpa visa melalui program istimewa seperti Program Penepian Visa.

S: Adakah kanak-kanak membayar yuran permohonan yang sama seperti orang dewasa?
J: Ya.

S: Adakah kanak-kanak perlu membuat janji temu untuk temu duga?
J:Setiap pemohon perlu membuat janji temu.

S: Adakah kanak-kanak perlu datang seorang diri untuk menghadiri janji temu?
J:Tidak perlu. Ibu bapa boleh menghadiri janji temu bagi pihak anak yang berumur 14 tahun ke bawah. Sila maklum walaupun anak tidak perlu hadir untuk temu duga, mereka mesti di negara tempat permohonan visa dihantar, dan semasa temu duga sedang berjalan.