Pemegang pasport Malaysia yang sebelum ini memegang visa A.S. mungkin tidak perlu hadir untuk temuduga visa jika mereka layak untuk Pembaharuan Visa Melalui Mel. Maklumat lanjut tersedia di pautan ini.
Setiausaha Blinken, dalam perundingan bersama pihak Department of Homeland Security,telah memperluaskan kemampuan pegawai consular untuk mengecualikan syarat sesi temujanji kepada individu yang memohon visa bukan imigran mengikut klasifikasi yang sama. Sebelum ini, hanya pemohon visa bukan imigran yang telah tamat tempoh dalam masa 24 bulan layak untuk pengecualian temujanji. Setiausaha telahpun melanjutkan buat sementara tempoh tamat kepada 48 bulan.
Kanak-kanak di bawah umur 14 tahun dan warga tua yang berumur lebih 80 tahun mungkin tidak perlu hadir secara peribadi untuk temubjanji di Kedutaan. Maklumat lanjut tersedia di pautan ini.
Semua bayaran permohonan visa bukan imigran (juga dikenali sebagai bayaran MRV) yang dibuat pada atau selepas 1 Oktober 2022, adalah sah selama 365 hari dari tarikh resit dikeluarkan untuk pembayaran yuran MRV. Pemohon mesti menjadualkan temu duga atau mengemukakan permohonan penepian temu duga dalam tempoh 365 hari ini. Sila ambil perhatian bahawa pemohon hanya perlu menjadualkan temu duga mereka atau mengemukakan permohonan penepian mereka dalam tempoh 365 hari. Tiada syarat temu duga mesti berlaku dalam tempoh 365 hari. Semua resit pembayaran yuran MRV yang dikeluarkan sebelum 1 Oktober 2022, dilanjutkan sehingga 30 September 2023, dan kekal sah sehingga tarikh ini.

Selamat datang ke Perkhidmatan Maklumat Visa Amerika Syarikat Malaysia. Di laman sesawang ini anda boleh mencari maklumat mengenai imigran Amerika dan visa bukan imigran serta syarat-syarat permohonannya. Anda juga boleh mengetahui cara membayar yuran permohonan visa, dan menetapkan janji temu di Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur.
Inilah laman sesawang maklumat visa rasmi Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.
Maklumat Visa Bukan Imigran
- Jenis Visa
- Yuran Visa
- Bank dan Pilihan Pembayaran
- Maklumat DS-160
- Masa Menunggu Janji Temu
- Gambar dan Cap Jari
- Permohonan yang ditolak di bawah INA 221 (g)
- Program Penepian Visa
- Peraturan Keselamatan
Permohonan Visa Bukan Imigran
- Memohon Visa
- Bayar Yuran Visa Saya
- Lengkapkan DS-160 Saya
- Menetapkan/Menukar Janji Temu Saya
- Menukar Alamat Penghantaran Dokumen
- Jejaki Pasport Saya
- Perbaharui Visa Saya
Visa Imigran
Kes Istimewa Visa
- Kordinator perjalanan
- Pegawai Kerajaan dan Diplomatik
- Kanak-kanak bawah 14 tahun dan Warga Emas berusia 80 tahun ke atas