Soalan Lazim Visa Pelawat Pertukaran

Senarai Soalan

  1. Saya telah menerima visa, bilakah saya boleh berlepas?
  2. Apakah sistem SEVIS dan apakah kesannya pada saya?
  3. Apakah "peraturan dua tahun?"
  4. Bolehkah peraturan dua tahun diketepikan?

Soalan dan Jawapan

S. 1 Saya telah menerima visa, bilakah saya boleh berlepas?

Pelawat pertukaran hanya boleh memasuki Amerika Syarikat dalam masa 30 hari bermulanya program, seperti dinyatakan dalam Borang DS-2019, tanpa mengambil kira bila visa dikeluarkan.


kembali ke atas

S. 2 Apakah sistem SEVIS dan apa kesannya pada saya?

Program Sistem Maklumat Pelajar dan Pertukaran Pelawat (SEVIS) memerlukan sekolah dan program pertukaran untuk mengesahkan semua status pendaftaran kesemua pelajar asing baharu dan lama serta pelawat yang bertukar. Pemohon visa pelajar perlu membayar yuran SEVIS sebelum visa boleh dikeluarkan. Layari laman sesawang SEVIS untuk maklumat lanjut.


kembali ke atas

S. 3 Apakah "peraturan dua tahun?"

"Peraturan dua tahun" adalah terma biasa digunakan dalam satu seksyen undang-undang imigresen Amerika yang memerlukan ramai pelawat pertukaran untuk pulang ke negara asal dan berada di sana selama minimum dua tahun selepas penamatan pertukaran sebelum mereka boleh kembali semula ke AS di bawah beberapa jenis visa, iaitu H-1, L-1, K-1 dan visa imigran. Adalah penting untuk diketahui bahawa hanya penyiasatan awal sama ada anda tertakluk kepada peraturan dua tahun dibuat atas DS-2019 anda semasa visa J-1 anda dikeluarkan. Keputusan akhir akan dibuat hanya jika anda kemudiannya memilih untuk memohon H-1, L-1, K-1, atau visa imigran.

Pemegang visa J-1 yang tertakluk dengan peraturan dua tahun tidak dibenarkan tinggal di Amerika Syarikat dan memohon perubahan/penukaran status ke status bukan imigran yang tidak dibenarkan (sebagai contoh dari visa J-1 ke visa H-1 ) atau untuk memohon status penduduk tepat yang sah (Kad Hijau) tanpa pulang ke tanah air untuk dua tahun atau mendapatkan penepian yang diluluskan. Sama ada anda tertakluk kepada peraturan dua tahun itu ditentukan oleh beberapa faktor, termasuklah sumber pendapatan dan negara "Senarai Kemahiran."" Hal ini tidak ditentukan oleh jumlah masa yang anda habiskan di Amerika Syarikat.


kembali ke atas

S. 4 Bolehkah peraturan dua tahun diketepikan?

Mungkin. Hanya Pejabat Visa di Jabatan Negara boleh meluluskan penepian ke atas peraturan dua tahun. Pejabat Visa juga merupakan pihak berkuasa terakhir sama ada anda tertakluk peraturan tersebut, tanpa mengambil kira apa yang dianotasi dalam pasport anda. Jika anda tertakluk pada peraturan dua tahun, anda mungkin boleh mendapatkan penepian. Walaupun jika anda tertakluk pada peraturan dua tahun, anda masih layak untuk mendapatkan visa pelancongan atau lain-lain visa bukan imigran kecuali yang dicatatkan di atas.


kembali ke atas