Soalan Lazim Visa Kerja

Senarai Soalan
  1. Apa itu petisyen?
  2. Bolehkah saya mendapatkan visa untuk membuat kerja biasa?
  3. Wujudkah had umur bagi permohonan visa kerja sementara?
  4. Bolehkah saudara saya di AS menaja visa kerja saya?
  5. Bilakah saya boleh memasuki Amerika Syarikat?
  6. Siapakah yang membayar yuran Pengesanan dan Pencegahan Penipuan dan bilakah mereka perlu membayarnya?
Soalan dan Jawapan

S.1 Apa itu petisyen?

Sebelum memohon visa sementara di Kedutaan Amerika, anda perlu mempunyai Borang I-129 yang diluluskan, Petisyen untuk Pekerja Bukan Imigran daripada USCIS. Petisyen ini perlu diserahkan oleh bakal majikan paling awal 6 bulan daripada cadangan tarikh anda mula bekerja. Majikan anda patut memfailkan petisyen secepat mungkin dalam masa 6 bulan untuk membolehkan waktu proses yang mencukupi. Setelah diluluskan, majikan anda akan menerima Borang I-797, Pemberitahuan Tindakan. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Pekerja Sementara USCIS.

Nota:Borang I-797 tidak lagi diperlukan untuk temu duga. Walau bagaimanapun, untuk mengesahkan kelulusan petisyen, Kedutaan akan meminta nombor resit petisyen I-129 anda. Sila bawa nombor resit ini semasa temu duga.


kembali ke atas

S. 2 Bolehkah saya dapatkan visa untuk membuat kerja biasa?

Tidak. Tiada visa untuk kerja-kerja biasa. Semua pemohon yang bercadang untuk bekerja di Amerika Syarikat perlu mempunyai petisyen yang diluluskan sebelum janji temu visa.


kembali ke atas

S. 3 Wujudkah had umur bagi permohonan visa kerja sementara?

Tidak.


kembali ke atas

s. 4 Bolehkah saudara saya di Amerika menaja visa kerja saya?

Tidak. Hanya majikan sahaja yang boleh menaja anda.


kembali ke atas

S.5 Bilakah saya boleh memasuki Amerika Syarikat?

Anda tidak boleh masuk ke Amerika Syarikat sehingga 10 hari sebelum tarikh anda mula bekerja, seperti yang dinyatakan dalam Borang I-797 anda atau pada surat tawaran pekerjaan.


kembali ke atas

S.6 Siapakah yang membayar yuran Pengesanan dan Pencegahan Penipuan dan bilakah mereka perlu membayarnya?

Pemohon visa L-1 yang masuk menggunakan petisyen menyeluruh perlu membayar yuran Pengesanan dan Pencegahan Penipuan. Bagi petisyen individu L, H-1B dan H-2B, pihak pempetisyen AS yang membayar yuran Pengesanan dan Pencegahan Penipuan kepada USCIS apabila petisyen difailkan.


kembali ke atas